Friday 25 January 2013

FAHAMAN SALAFI WAHABI " ANCAMAN TERHADAP AKIDAH UMAT ISLAM KINI

      Al Hamdulillah . Segala puji kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan kami Muhamad SAW. Keluarganya dan para Sahabatnya. Di hari yang mulia ini 12 Rabiul Awal 1434 H bersamaan 24 Januari 2013 Maulidur Rasul ini marilah sama-sama wahai Muslimin dan para Ilmuan Islam berjihad dengan ILMU yang benar menangani  KESESATAN  DAN PEMBOHONGAN Fahaman Salafi Wahabi yang menggugat akidah umat islam. Sabda Rasulullah SAW.  Maksudnya : janganlah kamu tangisi selagi agama masih berada di tangan ahlinya, tetapi tangisilah apabila agama ini perpindah ke tangan mereka yang bukan ahlinya. ( HR.  Ahamad dan At Tabrani)  Sabdanya lagi, yang bermaksud  : Sesiapa yang menghalanagi mereka ( Kaum Musrikin ) dari menyakiti kami, baginya balasan Syurga atau menjadi teman saya didalam Syurga ( HR. Muslim) .  

 Sesungguhnya banyak sekali FATWA Salafi Wahabi yang keliru lagi sesat manjadi ancaman kepada Akidah Muslim kini berkaitan Bid'aah Dhalallah mengikut fahaman cetek ilmu mereka.Lantaran itu sering kita dengar fatwa Bid'aah Dhalallah dalam banyak hal baik yang berkaitan amalan Wajib dan Sunat.Contohnya dalam lafaz ucapan Usalli dipermulaan Takbiratul ihram, Tahlil. Zikir, Ziarah kubur, Sambutan maulidur Rasul dan lain-lain. Penulis sendiri terbaca melalui edaran buku kecil yang ditaburkan di pejabat dan surau-surau Pusat kesihatan yang menyatakan lebih 101 bid'aah yang dilakukan berkaitan Solat  mengikut Mazhab al Syafi'in .Lebih menyedihkan lagi bukan Bid;aah sahaja tetapi menTAKFIRkan Ulamak Salaful Solleh yang tidak sehaluan dengan fahaman mereka. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku di luar Negara malahan berlaku juga di Negara kita Malaysia yang dibawa dan ditaburkan oleh anak-anak didik MUHAMAD ABDUL WAHAB DAN NASRUDIN AL- BANI disamping beberapa orang lagi .Inilah diantara dua orang  JAGUH yang menjadi  Edola mereka.

     Penulis merasa terpanggil untuk menangkis dan memperbetul kepalsuan mereka dengan membawa hujjah-hujjah dari pandangan Ulamak-ulamak salaf yang tulen dari  Akidah ASWJ. Terdapat pertentangan yang nyata diantara Ulamak Salafi Wahabi dengan Ulamak Salafi ASWJ dalam mengeluarkan hukum -hakam berdasarkan kaedah Fiqh dan Usul Fiqh masing-masing. Bagi Ulamak Salafi Wahabi " Aslul Ibadah ala Tahrim " Manakala Ulamak Salaful Solleh dari ASWJ." Aslul Ibadah fi Tauqif.  Melihat dan meneliti kepada kitab  Majmuk Al-Fatawwa karangan Muhamad Abdul Wahabi dan Nasrudiin Al Bani ( WAHHABIYYAH) asal ibadat atas dasar Tahrim sebab itu sering kali mereka menggunakan Hukum Bid'aah Dhalallah dalam banyak hal. Mutiara kata yang sering kita dengar apabila berhadapan dan ingin menegakkan benang yang basah "  LAU KAANA KHAIRAN , MAA SABAQUNA ILLAIHI (Sekiranya  perkara itu memang benar/baik masakan para Sahabat Rasulullah tidak mengamalkan lebih dahulu dari kita/kami) Mutiara kata inilah mereka  gunakan untuk menghukum Bid'aah Dhalallah dan dijadikan jambatan menTakfirkan  umat islam yang berpihak kepada Para Ulamak Salaful Solleh/ASWJ. Disamping itu silap atau sengaja memahami kalimah At-TARKU iaitu Rasul tidak buat atau ditinggalkan oleh Baginda SAW..Kiranya kita buat adalah haram atau bid"aah dari sudut hukum,

      Para ulamak Salaful Solleh / ASWJ  berdasarkan " Aslul Ibadat fi Tauqif ( berhenti ) pada dalil yang jelas ( Shahih) dari Al Quraan dan Al Hadith lebih-lebih lagi ibadat  ( Wajib) tanpa menambah, mengurangi mengawali dan mengakhirinya. Manakala berkaitan ibadat ( Tidak wajib )
( Tidak wajib ) atau  ' At Tarku ' iaitu Rasulullah SAW tidak buat atau ditinggalkan oleh Baginda , mereka menggunakan Ijmak atas dasar kaidah usulul Fiqh " LIL WASAAIL HUKMUL MAQASSID " iaitu Perantaraan menjadi hukum kepada tujuan Asal. Kaidah ini digunakan terhadap At-TARKU  seperti sambutan maulidur Rasul, Zikir, Tahlil Ziarah Kubur dan sebagainya. Contoh tentang maulidur Rasul yang dikatakan Wahabbi sesat/ Bid'aah Dhalallah. Sebaliknya fahaman Salaful Solleh / ASWJ. melihat kepada Maqassid  SELAWAT kepada Baginda Rasulullah adalah Sunnah , maka dari segi WASSAILnya berselawat dalam majlis sambutan untuk memuliakan , mencintai, mengingati perjuangan Baginda dan lain-lainya yang wajar melahirkan kesyukuran terhadap ALLAH di atas rahmatNya Nabi Muhamad diutus membawa rahmat ke seluruh Alam . Apakah ini tidak boleh wahai pengikut WAHABBI ?.Perrincian lebih jelas lihat kitab Al-Fathul Bari syarah Lil Imam Bukhari oleh Ibn Hajar Al Asqalani, kitab Fiqh Ibadat dan kaidah usulul fiqh dalam menentukan hukum-hakam.


PETUNJUK HADITH TENTANG BID'AAH


          Sabda Rasulullah SAW > Maksudnya : Maka sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah ( Al Quraan )  dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhamad ( Al Hadith ) dan seburuk-buruk perkara baharu yang dibuat-buat dalam urusan agama, dan setiap perkara baharu yang dibuat dalam agama adalah bid'aah, setiap bid'aah adalah DHALALLAH. ( HR. Muslim )

Tentang Hadith di atas mengikut Imam As Syafi'in rmht. dalam Manaqiib al Syafi'in Al Dhalallah terbahagi kepada dua bahagian ( Bid'atain )
       
            1.  Bid'aah Dhalallah ( Keji ) iatu perkara baharu yang bertentangan dengan Quraan, Hadith, Athsar Sahabat dan Ijmak yang disepakati Ulamak

           2.   Bid'aah Hasannah ( Baik ) iatu perkara yang tidak bertentangan dengan Queaan, Hadith, Athsar Sahabat dan Ijmak yang disepakati Ulamak.

            Melihat kepada penyataan bid'aah yang dilontarkan oleh fahaman Salafi Wahabi dalam banyak hal berhubung ibadat Ghairu Mahdhah ( ibadat tidak wajib ) agak keterlaluan dan bertentangan  sekali dengan pandangan para Imam Mazhab- Mazhab Hanafi, Malik, Hanbali dan Syafi'en  Rahimahomullah Alaihim Ajma'iin. malah mereka menambah dan mengurangkan untuh sehaluan dengan pandangan mereka. Lihat dan teliti betul-betul wahai pembaca yang peka dan budiman insyaAllah akan diketemui Allah swt.Lanjutan itu kata Imam Syafe'in bid'aah Dhalallah berlaku  penambahan dan pengurangan dalam ibadat wajib seperti Solat dilaksanakan tidak mengikut tertib terhadap kesempurnaan rukun-rukun yang difardukan sebagai wajib.

Oleh itu tidak harus berhujjah dengan AT-TARKU dan LAU KAANA KHAIRAAN ....... sebagai dalil atau bukti Ala TAHRIIM.  Cermat dan berhemah adalah sebaik-baiknya. Agar kita tidak tergolong dalam sifat orang-orang Al Ahmaqu ( DUNGGUNG / BODOH ) seperti Sabda Nabi saw ALKAYISUU ialah mereka yang sentiasa muhasabah diri dan beramal untuk di hari kebangkitan di akhirat nanti, WAL 'AHMAQQU ialah mereka yang sentiasa mengikut kemahuan diri dan nafsunya serta bercita-cita mendekati Allah swt dengan angan-angan kosong.

Mohon pembaca yang budiman memberi kritikan dan teguran yang membena ke arah kemantapan terhadap diri hamba yang lemah dan sedikit ilmu ini. Hamba cuba beranikan diri dengan hati yang ikhlas demi mempertahankan AKIDAH UMAT ISLAM yang sentiasa diganggu gugat oleh MUSUH yang mengaku islamya dan fahamanya  paling sempurna..

     

No comments:

Post a Comment