Sunday 10 February 2013

10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya


DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.
Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Friday 8 February 2013

WAHHABI : MUJASSIMAH ZAMAN KINI


Rasul Dahri: Wahhabi Di Malaysia yang berakidah Allah memerlukan kepada tempat di atas Arasy .

AWASI WAHHABI : GOLONGAN MUJASSIMAH MODEN?

(Satu Penjelasan berdasarkan Hukum Para Ulama)

Disusun oleh : Ust . Ismail Yusof

Perlu diketahui bahawa golongan yang paling banyak kesesatan pada hari ini adalah Mujassimah (Yang menyatakan Allah itu berjisim) dan Musyabbihah (Yang menyatakan Allah itu menyerupai makhluk). Golongan Wahhabi adalah mereka yang paling jelas menyamakankan Allah dengan makhluk. Dan ketahuilah bahawa Musyabbihah dan Mujassimah adalah KAFIR.Oleh kerana golongan sesat ini menyebarkan aqidah sesat mereka kepada orang awam termasuk anak-anak orang islam.Maka wajiblah kepada kita orang islam yang beraqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak senyap dari mengawasi golongan sesat ini.

Diceritakan bahawa tokey Wahhabi bernama Abdullah bin Hasan cucu kepada Muhammad Bin Abdul Wahhab banyak menyuarakan aqidah sesatnya di Makkah sejak sebelum 70 tahun lalu dengan mengatakan dalam keadaan dia turun dari tangga, katanya :

“ Allahu Yanzil Kanuzuli Haza ” kata-kata kufur yang bermaksud : “ Allah turun seprtimana aku turun ini ”

Kenyataan kufur tersebut telah didengar oleh ramai para ulama termasuk Syeikh Ali Bin Abdul Rahman As-Somaly yang tinggal dan mengajar di Makkah.Maka tidak harus bagi kita umat islam senyap membisu tidak mengawasi orang islam dari ajaran sesat Wahhabi ini. Adakah mengingkari kemungkaran dianggap memecahbelahkan umat islam? Tidak sama sekali!.

Mengkafirkan orang yang amat jelas kekafirannya bukanlah memecahbelahkan saf orang islam, bahkan ianya merupakan penjelasan kebenaran kerana bagaimana kita orang islam berkesedudukan dengan ajaran sesat Wahhabi yang mengkafirkan kita umat islam dan menghalalkan darah seluruh umat islam?!.

PRINSIP WAHHABI

Golongan Wahhabi menganggap sesiapa yang tidak menuruti aqidah mereka yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhlukNya maka orang itu dikira kafir dan halal darahnya. Lihat sahaja prinsip utama Wahhabi tesebut seperti yang tertera dalam kitab utama mereka mengatakan :

“ Bunuhlah ahli sufi yang soleh sebelum kamu membunuh yahudi dan majusi ”.Diantara Wahhabi yang menjelaskan prinsip utama wahhabi adalah “Sesiapa yang tidak mengatakan Allah Duduk dan tidak menuruti aqidah mereka yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhlukNya maka orang itu dikira kafir dan halal darahnya ” yang menyatakan prinsip Wahhabi adalah sedemikian seorang ulama Wahhabi bernama Ali bin Muhammad bin Sinan seorang pengajar salah sebuah universiti di Madinah dan pengarang kitab Almajmuk Almufid Min Aqidah At-tauhid.

ULAMA MAZHAB HAMBALI MENJELASKAN PERIHAL WAHHABI

Mufti Mekah bernama Muhammad Bin Abdullah Bin Hamid Al-Hambali An-Najdi menyatakan didalam kitabnya berjudul As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroih Al-Hanabilah.Dalam kitab tersebut Mufti Mekkah menjelaskan latar belakang 800 orang para fuqoho’ dari mazhab Hambali. Diantara yang diceritakan oleh Mufti mengenai seorang alim mazhab Hambali bernama Abdul Wahhab Bin Sulaiman yang merupakan bapa kepada seorang pengasas ajaran sesat Wahhabi bernama Muhammad Bin Abdul Wahhab.Mufti menceritakan bahawa bapa Muhammad Bin Abdul Wahhab tidak meredhoi anaknya itu kerana pengasas Wahhabi itu mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengannya bahkan pengasas Wahhabi tersebut menghalal pembunuhan umat islam yang tidak mengikutnya. Sila lihat pada kitab tersebut dimukasurat 276 cetakan pertama di Riyadh.

WAHHABI MEMBUNUH 3000 UMAT ISLAM DI JORDAN

Telah berlaku satu peristiwa yang amat menyayathati umat islam pada 1920an iaitu pembunuhan Wahhabi terhadap umat islam di Timur Jordan. Disitu Wahhabi telah membunuh bukan 3 orang tetapi 3000 orang islam yang tidak mengikut mereka dengan menyembelih umat islam seperti kambing dalam pada penyembelihan itu Wahhabi mengatakan: “Ayuh kita bunuh kafir ini kerana tak ikut kita!”.Kisah pembunuhan Wahhabi terhadap 3000 umat islam di Timur Jordan ini tertera dikebanyakan perpustakaan di Jordan.

WAHHABI : MUJASSIMAH

(Mujassimah Adalah Golongan Kafir Disisi Seluruh Ulama Islam)Wahhabi adalah kaum Mujassimah yang menjisimkan Allah. Mujassimah adalah kafir kerana Imam Syafie rodhiyallahu ‘anhu menyatakan :

“ Al-Mujassim Kafir ” kata-kata Imam Syafie itu bermaksud : “ Mujassim (Yang mengatakan Allah itu jisim seperti Wahhabi) adalah kafir ”.Kenyataan Imam Syafie yang mengkafirkan Mujassimah tersebut diriwayatkan oleh Imam Suyuti dalam kitabnya Al-Asbah Wa An-Nazoir mukasurat 488 cetakan Darul Kutub Ilmiah.

Mari kita lihat kenyataan Imam Ahmad Bin Hambal dan para ulama mazhab Hambali yang mempersetujui kenyataan Imam Ahmad mengatakan :

“ Man Qola Allahu Jismun Faqod Kafar Wakaza Man Qola Allahu Jismun La Kal Ajsam ” kenyataan Imam Ahmad bermaksud : “ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir, begitu juga kafirlah yang mengatakan Allah itu berjisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim ”. Lihat Sohibul Khisol diantara ulama mazhab Hambali yang masyhur.Seorang ulama mazhab Hambali terkenal bernama Muhammad Bin Badruddin Bin Balban Ad-Dimasyqi Al-Hambali dalam kitabnya berjudul Muktasor Al-Ifadat mukasurat 490 menyatakan :

“ Allah tidak menyerupai sesuatu dan sesuatupun tidak menyerupai Allah, sesiapa menyamakan Allah dengan sesuatu maka dia KAFIR seperti mereka yang menyatakan Allah itu berjisim, begitu jugak kafir yang menyatakan Allah itu berjisim tapi tak seperti jisim-jisim ”.Begitu juga Imam Malik dan Imam Abu Hanifah jelas mengkafirkan golongan Mujassimah.
Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah :“ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.

WAHHABI MENYEMBAH JISIM YANG BERBETIS

Wahhabi adalah golongan yang amat malang. Ulama islam mengharap sangat sekiranya golongan Wahhabi ini diberikan pemahaman ayat Allah “Laisa Kamithilihi Syai” dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud “ Tiada sesuatupu menyerupaiNya”.Puluhan ulama Wahhabi menyebarkan perkara kufur dengan mengatakan :

“ Allah meletakkan kakiNya yang berbetis kedalam api neraka kemudian mengatakan ada lagi ke? ”.
Lihatlah betapa sesatnya mereka!

WAHHABI MENGATAKAN : NABI MUHAMMAD ADALAH PATUNG BERHALA.

Tidak cukup bagi Wahhabi mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah orang islam yang tidak mengikut mereka.Wahhabi sejak 8 tahun dimusim haji menyatakan prinsip mereka adalah ¾ orang islam sekarang adalah kafir dan halal darah mereka.Wahhabi juga mengatakan :

“ Kami menjual tasbih ( yang dianggap bid’ah sesat oleh Wahhabi) hanya kepada orang musyrik di tanah haram ini ”. Sudah pasti ramai diantara kita membeli tasbih disana.


Seorang ulama Wahhabi bernama Abu Bakar Al-Jajairy menyatakan dalam Masjid Nabawi di Madinah pada tahun 1993M dengan katanya : “Aku bersumpah bahawa islam tidak akan bangkit selagi patung berhala ini (sonam) tidak dikeluarkan dari masjid ini” sambil tangannya mengarah kepada maqam Nabi Muhammad.Apakah dosa Nabi Muhammad kepada ulama Wahhabi ini sehingga Wahhabi menamakan Nabi Muhammad itu sebagai berhala?!.

PENUTUP UNTUK KALI INI.

Sesetengah orang menganggap bahawa perbuatan menjelaskan kesesatan dan kekafiran Wahhabi ini adalah suatu yang memecahbelah saf umat islam.Saudara islam sekalian, ketahuilah! Sekiranya anda memahami betapa bahaya lagi sesatnya ajaran Wahhabi ini maka anda akan lebih sensitif kerana kejahatan dan kesesatan Wahhabi ini amat bahaya.Kepada yang mengatakan :bagaimana kita menyesatkan orng yang mengucap dua kalimah syahadah?!Ketahuilah! Walaupun seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah tapi aqidahnya masih kafir lagi sesat dan dia tidak mengenal Tuhannya dengan mengatakan :

“Allah itu berjisim” maka dia bukan islam.
Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir :“ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi” kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud :
“ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya ”.Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan :

“ Sesiapa beranggapan Allah duduk diatas arasy maka dia KAFIR ”.
Mari kita lihat pandangan ulama Hanafi.
Syeikh Kamal Bin Al-Humam Al-Hanafi menyatakan dalam kitab mazhab Hanafi berjudul Fathul Qadir juzuk 1 mukasurat 403 pada Bab Al-Imamah :“ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.Maka Wahhabi adalah Mujassimah yang beranggapan bahawa Allah itu jisim duduk diatas arasy.Tidak harus bagi kita senyap dari mempertahankan aqidah islam dan menjelaskan kesesatan ajaran sesat!.

Tuesday 5 February 2013

AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH


Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dia-lah yang mencipta arasy, langit dan bumi, Dia-lah jua Pencipta tempat, wujud-Nya tanpa memerlukan tempat. Sholawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga, dan para sahabatnya.

1. Apa itu aqidah dan kaitannya dengan amalan kita ?
Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi menjadi dua yaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci diterimanya suatu ibadah. Tanpa aqidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan salih. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatat hanyalah amalan keburukan hingga pada akhirnya akan dibalas dengan keburukan pula.
Jesteru itu, perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak boleh dijadikan gurauan atau diremehkan. Hubungan aqidah dan amalan salih ini berdasarkan pada firman Allah,yang bermaksud :
“Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit”. (Al-Nisa ayat 124)
Ayat tersebut jelas menerangkan bahwa apa saja amalan salih yang dilakukan seorang lelaki maupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaannya dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadits Nabi yang bermaksud :
“Sebaik-baik amalan adalan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (beraqidah dengan
aqidah yang betul)”. (Sahih Al-Bukhari)
Ini menunjukkan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.

2. Apakah aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ?
Pertama perlu diketahui bahwa semua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur'an, al-Hadits serta ijma para ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta'ala sendiri di dalam al-Quran dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadits Baginda SAW tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan menolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas 'arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya.
Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al-Syura ayat 11 yang bermaksud :
“Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.
Aqidah Ahli Sunnah juga mepercayai bahawa Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdasarkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud :
“Allah telah wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali”. (Sahih Al-Bukhari)
Hadits Nabi tersebut menunjukkan bahwa Allah saja yang wujudnya azali manakala tempat, arasy, langit, dan selainnya bukan azali. Perkara tersebut wajib diimani berdasarkan juga Ijma„ para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam „Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq halaman 333 cetakan Dar al-Ma'rifah jelas menunjukkan bahwa wujud Allah bukanlah berada di atas 'arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:
“Dan telah disepakati dan di-ijma„-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat”.

3. Siapakah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ?
Pada dasarnya, Ahli Sunnah Wal Jama,ah adalah mereka yang berpegang dengan aqidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad dengan pemahaman yang betul dan tidak berpegang kepada dzahir nash al-Mutasyabihat. Kumpulan ulama yang membawa ilmu aqidah Al- Asy'ariyah merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah pada zaman kini separti Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar al-Asqolaniyy dan puluhan ribu lagi ulama Islam yang menyebarkan ilmu tauhid Al-Asyairah.
Begitu juga Al-Maturidiyyah merupakan Ahli Sunnah Wal Jama'ah zaman kini separti pengikut mazhab Imam Abu Hanifah. Rujuk Ithaf as-Saadah al-Muttaqin Bi Syrhi Ihya 'Ulumiddin oleh Imam Az-Zabidy.
4. Siapakah ulama As-Salaf & Apakah aqidah mereka ?
Ulama As-Salaf pada dasarnya merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan mereka adalah ulama yang pernah melalui kehidupannya pada era 300 Hijriyyah pertama. Semua ulama Salaf berpegang dengan aqidah bahwa: Allah adalah Tuhan sekalian alam yang mencipta setiap sesuatu, wujud-Nya tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran, Maha Suci Allah dari dilingkungi dan diliputi oleh tempat, bahkan wujud-Nya tanpa berada di sesuatu tempat, bukan di langit wujud-Nya dan bukan di bumi pula tempat-Nya. Allahlah Pencipta 'arasy, diciptakannya untuk menunjukkan kekuasaan-Nya, bukan dijadikan tempat bagi zat Allah. Karena Dia Pencipta tempat maka Dia tidak memerlukan tempat.

5. Bukti bahwa aqidah ulama As-Salaf adalah “Allah Wujud Tanpa Bertempat” ?
Di sini akan dibawa sebahagian saja kenyataan dari para ulama As-Salaf termasuk para sahabat Nabi sebagai bukti yg menunjukkan bahwa aqidah ulama Salaf antaranya adalah Allah wujud tanpa tempat:
a. Seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan keilmuan beliau pernah dipuji oleh Rasulullah iaitu  Imam Sayyidina 'Ali karramallahu wajhah wafat pada 40 Hijriyyah pernah berkata yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat, maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat”.
Kenyataan tersebut dinyatakan dalam kitab karangan Imam Abu Mansur al-Baghdadiyy dalam kitab beliau yang masyhur al-Farq Bayna al-Firaq pada halaman 256 cetakan Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
Ini memberi erti bahawa di antara aqidah para sahabat serta ulama Salaf adalah "Allah wujud tanpa bertempat" iaitu tidak diliputi oleh sesuatu tempat maupun semua tempat. Dalam halaman kitab yang sama juga dinukilkan kenyataan Imam 'Ali yang ertinya:
“Sesungguhnya Allah menciptakan 'arasy adalah untuk menampakan kekuasaan-Nya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zat-Nya”.

b. Imam al-Syafi'iyy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata:
“Dalil bahwa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta'ala telah wujud sebelum wujudnya tempat, kemudian Allah menciptakan tempat dan Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada pertukaran pada sifat-Nya”.
Kenyataan Imam al-Syafi'iyy tadi dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidyy di dalam kitab beliau berjudul Itihaf al-Sadah al-Muttaqin juz kedua, hal 36 Dar al-Kutub al'Ilmiyyah.
c. Imam yang terkenal dengan karangan kitab aqidah beliau berjudul 'Aqidah al-Tahawiyyah bernama Imam al-Hafiz Ahmad bin Salamah Abu Ja'far al-Tahawiyy wafat pada 321 Hijriyyah (merupakan ulama Salaf) telah menyatakan dalam kitab beliau tersebut pada halaman 15, cetakan Dar al-Yaqin yang ertinya:
“Allah tidak berada (tidak diliputi) pada enam penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan, belakang) separti sekalian makhluk”.

6. Apakah pegangan ulama As-Salaf terhadap ayat dan hadith Al-Mutasyabihat pula ?
Pegangan ulama Salaf tentang ayat dan hadits al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah Ta'ala adalah didapati kebanyakan ulama As-Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) ayat tersebut akan tetapi ditakwil secara ijmaliyy (menafikan makna dzahirnya) dan diserahkan makna sebenarnya kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan dzahirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi dzat Allah. Namun begitu wujud di kalangan ulama Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy ayat Al- Mutasyabihat separti Imam al-Bukhari di dalam kitab beliau Sahih Al-Bukhari mentakwilkan firman Allah di dalam Surah Al-Qasas ayat 88 :
“Wajah-Nya” berarti kerajaan-Nya.

7. Bagaimana pula ulama Al-Khalaf, siapakah mereka dan apa pegangan mereka ?
Ulama Khalaf juga adalah Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan mereka dikategorikan sebagai ulama yang hidup setelah 300 Hijriyyah pertama. Aqidah ulama Khalaf juga tidak keluar dari landasan al-Quran dan al-Hadits serta ijma ulama. Aqidah ulama Khalaf tidak sama sekali berlawanan dengan aqidah ulama Salaf, bahkan akidah ulama Salaf itu adalah aqidah ulama Khalaf, begitu jua sebaliknya.
Namun dari segi penjelasan mengenai perkara yang berkaitan dengan sifat Allah dan sandaran kepada Allah, ulama Khalaf telah memilih cara penjelasan yang lebih terperinci untuk menghindarkan anggapan yang bersifat tasybih atau tajsim pada sifat Allah.
Contohnya banyak di kalangan ulama Khalaf mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) sifat-sifat Allah yang tertentu kepada makna yang selaras dengan bahasa Arab dan layak bagi Allah yang mudah difahami oleh orang awam dan penuntut ilmu bertujuan menjauhkan anggapan yang tidak benar pada sifat Allah. Namun ada juga di kalangan ulama Khalaf yang tidak mentakwilkan secara terperinci.

8. Apakah bukti bahawa ulama Al-Khalaf beraqidah “Allah Wujud Tanpa Bertempat” ?
Di sini akan disebut sebahagian saja pernyataan para ulama Khalaf bahwa Allah wujud tanpa memerlukan tempat :
a. Al-Hafiz Ibn Jawziyy al-Hanbaliyy rahimahullah wafat pada 597 Hijriyyah telah menyatakan di dalam kitab karangan beliau berjudul Daf'u As-Syubhah al-Tasybih mukasurat 189, cetakan Dar Imam al-Nawawiyy :
“Sesungguhnya telah sahih di sisi ulama Islam bahawa Allah Ta'ala tidak diliputi oleh langit, bumi dan tidak berada di setiap tempat”.
b. Imam Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazaliyy yang wafat pada 505 Hijriyyah menyatakan dalam kitab beliau yang masyhur berjudul Ihya 'Ulum al-Din :
“Dan Allah juga tidak diliputi oleh tempat dan Allah tidak diliputi arah enam dan Allah tidak pula dilimputi oleh langit dan bumi.”

Rujuk kitab Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Fi Syarh Ihya' „Ulum al-Din, juzuk 2, hal 36, cetakan Dar al-Kutub 'Ilmiyyah, Beirut.
Maka ini bermakna antara aqidah ulama Khalaf adalah Allah wujud tanpa tempat.
9. Apa sebenarnya definisi Ta’wil ?
Ta'wil berarti menjauhkan makna dari segi dzahirnya kepada makna yang lebih layak bagi Allah, ini karana dzahir makna nash al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas persamaan Allah dengan makhluk.

Ta'wilan Terbahagi kepada dua bahagian
Pertama: Ta'wilan Ijmaliyy iaitu ta'wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna fzahir nash al-Mutasyabihat tanpa diperinci maknanya sebagai contoh perkataan istawa dikatakan istawa yang layak bagi Allah dan waktu yang sama dinafikan dzahir makna istawa karena dzahirnya berarti duduk dan bertempat, Allah mahasuci dari bersifat duduk dan bertempat.
kedua: Ta'wilan Tafsiliyy iaitu ta'wilan yang menafikan makna dzahir nash tersebut kemudian meletakkan makna yang layak bagi Allah separti istawa bagi Allah berarti Maha Berkuasa karena Allah sendiri menyifati dirinya sebagai Maha Berkuasa.

10. Benarkah ulama As-Salaf tidak melakukan ta’wilan langsung ?
Demikian adalah tanggapan yang tidak langsung berunsurkan pengkajian yang benar karena dari pentakwilan Imam al-Bukhari pada surah Al-Qoshos ayat 88 dan takwilan beliau dalam Sahih al-Bukhari juga pada ayat 56, Surah Hud jelas menunjukkan beliau sebagai ulama Salaf telah mentakwilkan ayat al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah.
Imam Ibn Hajar al-'Asqalaniyy di dalam Fath al-Bariyy Syarh Sahih al-Bukhari menyatakan hadits al-dhahik (ketawa) berkata:

“Al-Bukhari telah mentakwilkan hadith al-dhahik (ketawa) dengan erti rahmat dan
ridha.”

Begitu juga Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan ulama Salaf telah mentakwilkan ayat 22, Surah al-Fajr separti yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih oleh Imam Bayhaqi dalam kitab Manaqib Ahmad dari Imam Ahmad mengenai firman Allah:
“Dan telah datang Tuhanmu”

Ditakwilkan oleh Imam Ahmad dengan : Telah datang kekuasaan Tuhanmu. Antara ulama As-Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy yaitu terperinci pada ayat 5 dalam Surah Taha adalah Imam Salaf Abu Abd al-Rahman Abd Allah bin Yahya bin al-Mubarak wafat 237 Hijriyyah dalam kitab Gharib al-Quran Wa Tafsiruhu halaman 113, cetakan Mu'assasah al-Risalah, Beirut: Firman Allah:

“Al-Rahman di atas 'arasy ber-istawa”,

istawa di sini artinya menguasai
Kesimpulan bahawa kedua-dua jalan pilihan ulama Salaf dan Khalaf adalah benar dan tidak menyimpang karena kedua-duanya mentakwil cuma bedanya kebanyakan Salaf mentakwil secara ijmali dan kebanyakan Khalaf pula mentakwil secara tafsili. Wallahu a'lam bish-showab.