Wednesday 26 December 2012

MENGATUR LANGKAH MENUJU KE HADRAT MU

           Baberapa tahun yang berlalu, ketika itu aku termenung seketika setelah selesai menunaikan kewajipan Solat fardu subuh, mengingatkan usia ku ketika itu hampir  50 an. Di pagi itu entah mengapa hati dan mindaku ingin sangat rasanya untuk mendapat kepastian dari ILLAHI. Di sudut hatiku terselit satu pertanyaan,masih lama lagi ke AKU diberi peluang melayani kerenah  kehidupan DUNIA ini yang penuh dengan fantasi peperangan dan pertumpahan darah sana sini serta penuh tipu daya keangkuhannya. Walaupun aku sedar dan yakin kewujudan aku di dunia ini datangnya dari ALLAH dan akan kembali bertemu ALLAH di akhirat, namun apakah aku mampu menjalani kehidupan di dunia ini dan kembali semula ke akhirat mengikut jalan yang betul dan benar sebagaimana aku dilahirkan ke dunia ini dengan kehendak dan perintahNya.

            Ingatan masih segar dalam hati dan mindaku tentang kehendak dan perintah ENGKAU,  ya Allah : QS: Az-Zariyat : ayat 56   FirmanNya:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Mafhumnya :
                    Dan tidaklah Aku ( Allah ) menciptakan golongan Jin dan Manusia itu
                    kecuali untuk menyembah Ku.

Apabila aku muhasabah kembali Perintah dan Kehendah Allah swt itu, tanpa disedari pipiku dibasahi dengan linangan cucuran air mata memikirkan tentang diri ku ini. Apakah aku ini insan yang sentiasa akur dan patuhi segala kehendak dan perintahNya, apakah aku ini seorang insan yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaanNya, apakah aku ini insan yang tahu cara dan jalan kembali yang betul lagi benar kepadaNya ???. Ketika dan saat itu pipiku sekali lagi dibasahi linangan air mata, sedu dan syahdu serta tanggisan tak dapat dihalang lagi lantaran  merenung dalam ke lubuk jiwa dan hatiku yang bertaut dijasad diriku yang lemah dan serba kekurangan ini. Lantas dengan penuh KEYAKINAN aku mengangkat dan menadah seluas tangan berdoa kepada MU, Tuhan sekelian alam dan makhluk ini agar diteguhkan hati dengan KEIMANAN beserta Istiqammah menuju ke HadratMU di bawah bimbingan MU dengan kurniaan ilmu MU biar pun sedikit untuk hamba MU ini.

              Al hamdulillah setelah selesai ku panjatkan  doa itu ke Hadrat mu, telah mula ku rasai ketenangan yang menyelusupi kalbuku. Bersama ketenangan ini menjadi pendorong kuat betapa perlunya diri ini sentiasa bersama dan mendampingi ENGKAU di mana jua, lebih-lebih lagi diusiaku mewati 50 an kini.Walaupun usiaku dipenghujung, namun aku berjanji pada diriku untuk bangkit bersama HADRAT ENGKAU  untuk mengharungi sisa-sisa kehidupan DUNIA ini dengan penuh sedar dan insaf untuk menjadi seorang HAMBA sentiasa menuju kepangkuan ENGKAU, InsyaAllah. Ya Allah aku sangat yakin firmanMu : QS; Baqarrah : ayat 30

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Mafhumnya :

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
                 
         Ya Allah melalui firmanMu itu bertambah lagi keyakinan dan keimanan ku bahawa  DUNIA ini sesungguhnya tempat @ medan permusuhan sesama manusia, lebih-lebih lagi permusuhan manusia terhadap sebenar-benar SYAITAN dan IBLIS mahu pun yang bertopengkan bentuk dan rupa manusia.  Tidak dinamakan DUNIA sekiranya tidak wujud permusuhan,peperangan , tipudaya, pertumpahan darah dan sebagainya. Sememangnya DUNIA  anak kelahiran SYAITAN dan Syaitan tidak akan melahirkan anak yang baik kecuali kejahatan. Walaupun terdapat sedikit kebaikan dan keamanan di sudut kecil perut dunia anggaplah ia sebagai sekecil hadiah dari ALLAH dalam bentuk KURNIAAN ALLAH swt kepada hamba-hambaNya yang Solleh dan Taqwa. Dunia sebenarnya tidak cukup luas ruangnya untuk Allah membalas ganjaran pahala dan kebaikan kepada MUKMIN, SOLLEH dan TAQWA hanya ruang AKHIRAT sebagai tempatnya. ( Petikan dari kitab AL-HIKAM, jilid 3 hal. baca seterusnya )

No comments:

Post a Comment