Israel
– satu negara yang dipertikaikan taraf kewujudannya.
Israel – satu negara yang tidak pernah berhenti
mengancam dan terancam.
Israel – suatu negara yang tidak pernah
menghormati pandangan & pendapat dunia
Israel – satu negara yang menjadi punca kepada
banyak pertikaian dan persengketaan yang
telah dan sedang berlaku di dunia ini.
Namun seluruh dunia bersetuju bahawa Israel
adalah satu-satunya negara yang paling bertuah di dunia ini. Ia berterusan
menjadi kesayangan dan sentiasa dilindungi oleh Barat terutama Britain pada
satu masa dahulu dan Amerika buat masa ini. Walau apa yang dilakukan olehnya,
sokongan yang diberi tidak pernah luntur. Walau bagaimana kejam pun tindakannya
terhadap penduduk pribumi Palestin, perlindungan yang dinikmatinya semakin
dikukuhkan.
Tidak ada mana-mana negara lain didunia ini yang
boleh menandingi kedudukan istimewa Israel ini di mata Barat. Banyak dari
faedah dan keistimewaan yang diberi ini melebihi dari faedah dan keistimewaan
yang dinikmati oleh rakyat negara penyumbang itu sendiri. Semua keistimewaan
ini telah berlanjutan dari hari penubuhannya pada bulan Mei 1948 dan berterusan
hingga ke hari ini.
Walau dikutuk dunia terutama dari dunia Islam
kerana kekejamannya terutama terhadap rakyat Palestin, suatu yang pasti, Israel
telah dan akan kekal bermaharajalela di pentas dunia kerana perlindungan yang
terus menerus di beri oleh negara-negara pelindungnya.
Israel terus menikmati begitu banyak faedah dan
keistimewaan-keistimewaan lain. Mari
kita lihat sebahagian darinya:
Penubuhannya
Penubuhan
negara ini telah dirintis apabila parlimen Britain mengeluarkan Peristiharan
Balfour pada tahun 1917. Melalui peristiharan
ini, parlimen British telah membenarkan
orang Yahudi dari mana-mana pelusuk dunia untuk
masuk dan menetap di Palestin. Maka masuklah mereka secara berbondong-bondong
ke Palestin yang pada masa itu berada dibawah mandat (penjajahan) British tanpa
sekatan, seolah-olah Palestin itu suatu negara tanpa pemilik.
Melalui percaturan pihak Barat, PBB kemudianya
telah menubuhkan UNSCOP (United Nation Special Committee on Palestine) yang
kemudianya mengusulkan supaya negara Palestin di pecah dua – 45% untuk penduduk
asal manakala 55% pula untuk pendatang Yahudi melalui Resolusi 181.
Resolusi PBB ini telah diterima dan akhirnya
Israel telah diistiharkan penubuhannya secara
rasmi pada 14hb Mei 1948 oleh Perdana Menteri
pertamanya David Ben Gurion.
Bantuan Kewangan
Polisi Amerika Syarikat semenjak 1948
menggariskan bahawa jumlah bantuan ekonomi kepada Israel mesti menyamai atau
melebihi jumlah bayaran balik hutang Israel kepadanya. Berbanding negara-negara
lain yang menerima bantuan secara ansuran, bantuan kepada Israel sejak 1982
adalah secara penuh pada setiap permulaan tahun kewangan yang menyebabkan
kerajaan AS perlu meminjam dari pendapatan masa depannya.
Semenjak 1949, bantuan AS kepada Israel telah
berjumlah US$83.205 billion. Jumlah bayaran faedah yang terpaksa ditanggung
oleh pembayar-pembayar cukai di AS bagi pihak Israel pula adalah berjumlah
US$49.937 billion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang diberi kepada
Israel sejak 1949 berjumlah US$133.132 billion.
Ini juga bermakna kerajaan AS telah memberi
bantuan tahunan kepada rakyat Israel
melebihi jumlah bantuan kepada rakyat negaranya
sendiri.
Dua Taraf Kerakyatan
Hanya rakyat Amerika Syarikat dari keturunan
Yahudi yang dibenarkan memiliki dua taraf kerakyatan yakni kerakyatan Amerika
dan kerakyatan Israel. Disamping itu, mereka juga dibenarkan untuk memegang
jawatan penting kerajaan di Israel dan juga di Amerika Syarikat.
Tiada satu pun negara lain yang memiliki
keistimewaan ini!
Perlindungan dari Resolusi PBB
Dari 1967 hingga 1989, Majlis Keselamatan PBB
telah meluluskan 131 resolusi yang berkait terus dengan konflik Arab-Israel.
Dari 131 resolusi ini, 43 resolusi boleh dianggap sebagai berkecuali manakala
baki 88 resolusi adalah mengutuk dan menentang tindakan Israel atau yang boleh
dianggap sebagai bertentangan dengan kepentingannya.
Dalam masa yang sama pula, dalam Perhimpunan
Agung PBB, 429 resolusi terhadap Israel telah diluluskan dan Israel telah
dikutuk sebanyak 321 kali. Amerika Syarikat pula telah menggunakan kuasa
vetonya bagi menghalang resolusi berkaitan Israel ini dari sampai kepada Majlis
Keselamatan PBB sebanyak 42 kali sejak 1970. Mana-mana resulusi yang diluluskan
pun tidak pernah mempunyai sebarang mekanisma penguatkuasaan oleh PBB dan
biasanya dianggap tidak mempunyai nilai untuk diambil tindakan di bawah undang-
undang antarabangsa.
Membangunkan Kuasa Nuklear
Isreal sehingga kini dilaporkan telah memiliki
sehingga 200 buah peledak nuklear. Bagaimana sebuah negara yang baru muncul dan
hidup atas ehsan negara lain mampu melakukannya. Sudah pasti ia tidak akan
dapat membangunkan program senjata nuklear ini bersendirian tanpa bantuan
negara lain. Kini, ianya bukan rahsia lagi. Selepas Krisis Suez pada tahun
1956, Perancis dilaporkan telah bersetuju untuk membantu Israel membangunkan
reaktor nuklearnya.
Walau bagaimana pun, bantuan terbesar datangnya dari
Britain. Dari dokumenn-dokumen rahsia yang terbongkar, Britain dilaporkan telah
membuat beratus-ratus penghantaran barangan terlarang melalui laut dari tahun
1950an hingga 1960an. Walau pun dinafikan oleh Menteri Luarnya Kim Howells,
Britain pada bulan Mac 2006 akhirnya mengaku bahawa barangan-barangan terlarang
tersebut memang dihantar ke Israel dengan menggunakan khidmat syarikat milik
Norway.Itu hanyalah sebahagian dari perlindungan dan
keistimewaan yang diberikan oleh Barat kepada Israel sejak sekian lama.
Persoalannya, kenapakah Israel:
-begitu istimewa dimata Barat sehingga mereka
menutup mata atas segala
kekejamannya?
-terus diberi bantuan kewangan yang besar walau
pun membangkitkan rasa
tidak puas hati di dalam negara kerana ianya
melebihi bantuan terhadap
rakyat negara penyumbang itu sendiri?
-terus-menerus disokong walau pun akhirnya
negara penyokong dibenci dan
dimusuhi oleh negara atau kumpulan penentang
Israel?
-terus dilindungi walau pun menyusahkan dan
membahayakan negara
pelindung itu sendiri?
Namun Israel terus menerus dibantu dan
dilindungi. Pastinya ada sesuatu sebab besar yang
telah memungkinkan semua ini berlaku! Bersatu Menzalimi Umat Islam
Mari bersama kita renungi kembali peringatan
yang jelas dari Allah SWT melalui ayat 120,
Surah Al-Baqarah,
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali
akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut
ugama mereka (yang telah terpesong itu).
Melalui maksud ayat ini, kita dapat kaitkan
secara langsung dengan apa yang sedang berlaku di Palestin. Ianya menjadi
contoh nyata bagaimana golongan Yahudi (Israel) telah bersekongkol dengan
golongan Nasrani (Amerika dan Barat) bagi menindas dan menzalimi golongan Islam
(Palestin).
Agak menghairankan, bagaimanakah golongan
Nasrani (Kristian) dan Yahudi ini boleh bersatu sedangkan mereka saling
bermusuhan dan salah menyalahi antara satu sama lain? Sebahagian golongan
Kristian marah dan memusuhi Yahudi kerana dikatakan menjadi dalang sehingga
“tertangkap” dan “tersalibnya” Nabi Isa AS (Jesus Christ) oleh pemerintah Rom.
Sementara itu, permusuhan antara golongan Yahudi dan Kristian telah bermula
dari saat penolakkan Yahudi terhadap Jesus Christ. Disamping itu Yahudi juga
tidak akan lupa 2000 tahun sejarah penindasan dan kezaliman golongan Kristian
terhadap mereka termasuk kemuncaknya dengan peristiwa holocaust oleh Hitler.
Namun mereka terus bersatu menindas umat Islam
Palestin. Pastinya ada sesuatu sebab
besar yang telah dapat menyatukan mereka!
Zionis Kristian
Untuk memahami kenapa Israel begitu istimewa
dimata Barat dan bagaimana kerjasama besar antara Kristian dan Yahudi ini boleh
terjalin, kita perlu melihat kepada satu golongan atau kumpulan yang jarang
diperkatakan tetapi ujud dan mempunyai peranan yang sangat besar dalam
memastikan keselamatan dan kelangsungan negara haram Israel terus dipertahankan
walau berapa tinggi harganya. Kumpulan yang dinamakan Zionis Kristian.
Gerakan atau fahaman Zionis biasanya dikaitkan
dengan Yahudi. Namun dikalangan penganut Kristian, ujud satu fahaman yang
sebenarnya bertitik-tolak dari ajaran Bible yang menyokong gerakan untuk orang
Yahudi kembali ke ’tanah yang telah dijanjikan” (the Promised Land) yakni
Palestin. Kumpulan yang menganut fahaman inilah yang dinamakan
sebagai Zionis Kristian.
Sokongan Zionis Kristian terhadap Yahudi ini
bukan atas dasar kasih sayang atau simpati mereka, tetapi berdasarkan agenda
dan kepentingan diri yang lebih besar. Sokongan kepada usaha golongan Yahudi
untuk masuk dan menguasai Palestin serta terus kekal disana adalah sebagai
syarat wajib untuk kumpulan ini masuk syurga!
Armageddon dan Rapture
Zionis Kristian adalah gerakan yang berpusat di
Amerika yang mempercayai bahawa negara Israel adalah pemangkin untuk berlakunya
apa yang mereka tunggu dan harap-harapkan - kedatangan semula Jesus. Apabila
ini berlaku, semua penganut Kristian yang setia, akan diangkat ke langit
bersama Jesus untuk bertemu Tuhan dan kemudian memasuki syurga tanpa perlu mati
terlebih dahulu (Rapture).
Menurut kepercayaan kumpulan ini, dimasa itu
juga akan berlaku pertempuran terakhir antara kebaikan dan kejahatan
(Armageddon). Menurut perkiraaan mereka, antara yang perlu dikorbankan adalah
seluruh kaum Yahudi melainkan seramai 144,000 yang bertukar ke agama Kristian!
Walau bagaimana pun, sebelum ini berlaku, beberapa syarat perlu dipenuhi
terlebih dahulu: Yahudi mesti pulang dan menguasai Palestin seluruhnya, menawan
dan menyatukan Jurusalem sebagai pusat pentadbirannya serta membina semula kuil
(Temple of Solomon) di atas tapak Masjid Al-Aqsa.
Kerjasama Erat Walau Berlainan Matlamat
Sudah jelas kepada kita kenapa Israel perlu
dilindungi dan pertahankan dengan apa cara dan dengan berapa harga sekalipun
oleh Barat. Jika Israel dihapuskan dari dunia, sebelum berlakunya peristiwa
Rapture, maka musnahlah harapan golongan Kristian ini untuk masuk
syurga tanpa melalui pintu kematian. Oleh itu
Amerika mesti berterusan membantu negara
Israel untuk memastikan kaum Yahudi terus hidup
sehingga berlakunya Rapture.
Tetapi bagaimanakah pula Israel berasa sangat
selesa serta mengalu-alukan semua bantuan yang dihulurkan walau pun mereka
maklum bahawa tujuan mereka dibantu dan dikumpulkan di Palestin adalah untuk
kemudiannya disembeleh oleh golongan Kristian ini? Mengapa mereka sanggup
bekerjasama kearah kemusnahan mereka sendiri?
Bagi Israel, sebenarnya kerjasama ini adalah
satu gagasan yang sangat bijak. Oleh kerana sebahagian besar Yahudi tidak
pernah percaya bahaya Jesus akan kembali, mereka merasakan bahawa kerjasama ini
tiada kekurangannya. Mereka mendapatkan sokongan untuk Israel dan mereka tidak
akan disembeleh akhirnya kerana mereka tidak pernah hirau atau percaya kepada
ramalan itu.
Penutup
Golongan Zionis Kristian mendapat semangat baru
apabila salah satu keperluan dalam membuktikan kepercayaan mereka muncul
apabila terbentuknya negara haram Israel pada tahun 1948. Sehingga kini
dianggarkan lebih 20 juta rakyat Amerika menganut fahaman ini.
Apa yang menjadikan fahaman ini merbahaya kepada
seluruh dunia adalah kerana selain dari orang awam, ia turut dianuti oleh
kalangan pentadbiran di Rumah Putih. Maka apa sahaja kekejaman yang telah,
sedang dan yang akan diperlakukan oleh Israel adalah sah kerana ia dianggap
menurut perancangan tuhan untuk membawa mereka semua ke syurga nanti. Paul
Wolfowidtz, Dick Cheney serta Condolisa Rice adalah antara penganutnya.
Maka bolehkah umat Islam terus mengharapkan
pembebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa melalui meja perundingan yang diatur dan
dicatur oleh kalangan Kristian Zionist dengan kerjasama talibarut-talibarutnya?
No comments:
Post a Comment