Daripada
Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali baginda bersabda:
“Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan
keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama
pemuda dari Bani Tamim itu.
Sesungguhnya
dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji Al Mahdi.”
(Riwayat At Thabrani)
Rasulullah
SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan padamu dua perkara. Tidak akan sesat
selamanya selagi kamu menuruti keduanya. laitu Kitabullah dan Sunnah
Rasul-Nya.” (Riwayat Imam Malik dan Anas)
Dalam
kedua-dua pusaka warisan itulah kita bertemu dengan Jadual-Jadual ALLAH yang
telah di’set’ untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Kerana
kasih sayang ALLAH dan Rasul-Nya pada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada
lagi Nabi dan Rasul, maka diceritakanlah apa-apa yang akan terjadi sama ada
yang positif atau negatif. Supaya dengan jadual itu, umat Islam terpandu atau
terpimpin untuk menghadapi dan menerima taqdir yang bakal berlaku.
Rasulullah
SAW bersabda: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman
Kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman
itu.
Kemudian
berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulata’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti
Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu, sebagaimana yang ALLAH kehendaki.
Kemudian
ALLAH mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang menggigit (Zaman
Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH
mengangkatnya pula.
Kemudian
berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan
berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian berlaku pula
Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup
Zaman Kenabian.” Kemudian baginda diam.(Riwayat Ahmad)
Sekarang
ini sesudah 1400 tahun kewafatan Nabi perkara itu sama adabpositif ataupun
negatif sudah terjadi. Ertinya, kita cukup yakin bahawa selepas ini, mana-mana
jadual yang belum berlaku itu, pasti akan terjadi dan berlaku bila tiba
masanya.
Di
sini disenaraikan jadual-jadual yang positif saja yang telah terjadi di
sepanjang sejarah. Dengan harapan agar kita semua sangat yakin tentang
kebenaran ALLAH dan Rasul-Nya.
1.
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun
berikutnya dan kemudian kurun sesudahnya.” (Riwayat Al Bukhari)
Baginda
menyebut tiga kurun sebagai kurun di mana manusia yang menganut Islam secara
majoriti masih baik-baik .
Yakni
masih soleh dan solehah. Inilah generasi salafussoleh. Memang kita lihat hal
ini benar berlaku, yang mana sesudah 300 tahun dari Rasulullah, manusia sudah
mula renggang dari iman dan syariat Islam. Kalau ada pun tidak lagi secara
majoriti. Bahkan makin jauh dari Zaman Kenabian.
Umat
Islam makin meninggalkan Islam hinggalah akhirnya terjadi Zaman Fitnah yang
membawa kepada berulangnya zaman jahiliah buat kali keduanya.
2.
Rasulullah SAW bersabda: Timur dan Barat akan terbuka untuk kamu. (Riwayat Ahmad)
Hal
ini pun sudah berlaku di tangan Sahabat-Sahabat dan salafussoleh itu. Hasil
perjuangan mereka akhirnya 3/4 dunia ini tunduk kepada pemerintahan Islam atau
menganut ajaran Islam. Bangsa Arab itu pernah jadi
empayar
melalui Islam dengan dunia merujuk padanya.
Di
mana saja di dunia ini ada saja penganut-penganut Islam.
3.
Rasulullah SAW bersabda lagi yang maksudnya: “llmu Islam dan kefasihan bahasa
Arab akan diwarisi oleh orang Mesir.”
Jadual
itu pun sudah benar terjadi, yakni sejak 1000 tahun dulu dengan terbangunnya
Universiti Al Azhar.
Sejak
itu Mesir menjadi pusat ilmu Islam dan orang-orang Mesir cukup fasih dengan
bahasa Al Quran dan Hadis dibandingkan dengan bangsa-bangsa Arab yang lain.
4.
ALLAH SWT berfirman: Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka
(Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada
sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) ALLAH. Ketika (Rom
mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira dengan pertolongan ALLAH itu. (Rum:
2-4)
Waktu
wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu
itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi ALLAH mengkhabarkan
kepada orang MUKMIN tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan,
yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan ALLAH jua.
Apabila
peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin ber-gembira kerana tepat Jadual
ALLAH itu. Mereka yakin dengan pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar
besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam. Demikianlah ALLAH
mempergilirkan kuasa mengendalikan dunia kepada bangsa-bangsa.
5.
Rasulullah SAW bersabda:
Konstantinopel
akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak
melampau, tidak mencuri dan (rakyatnya) tidak penipu dan tidak bergaul bebas.
(Riwayat Al Imam Abu Al Hasan Ahmad bin Jaafar) Dipetik dari kitab ‘Ukduddurar
Fi Akhbar Al Muntazar.
Dalam
Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Konstantinopel
akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang
baik. Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji ALLAH
tentang kejatuhan Konstantinopel itu.
Dengan
harapan di tangan merekalah berlaku janji itu. Tetapi mereka gagal sehinggalah
600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal itu baru terjadi di tangan Muhammad
Al Fateh, keturunan Bani Usman.
Yang
ekoran dari itulah Turki Usmaniah akhirnya muncul menjadi empayar kepada tiga
benua dengan dua puluh sembilan buah negara di bawah takluknya. Hingga hari
ini, kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan- kesan kegemilangan
dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.
6.
Rasulullah SAW bersabda: ALLAH mengutuskan pada umat ini disetiap awal 100
tahun, orang yang akan memperbaharui urusan agama-Nya (mujaddid).
Hal
ini pun kelihatan telah menepati jadual-Nya . Sudah tercatat kemas dalam
sejarah nama para mujaddid yang lahir setiap awal kurun. Bermula dengan
Sayidina Umar Abdul Aziz, Imam Syafi’i, Imam Abu Hassan Al Ashaari, Imam Al
Ghazali, Imam Sayuti dan lain-lain lagi. Semuanya sudah 14 orang. Dan kini,
dunia sedang menanti mujaddid ke-15. Dan kita bertuah sedang berada di kurun
itu.
7.
Rasulullah SAW juga bersabda: Akan sentiasa ada satu thoifah daripada umatku
yang dapat menzahirkan kebenaran dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh orang
yang menentangnya.
Perihal
janji ini, sejarah telah pun menceritakan pada kita bahawa bermula dari awal
kurun hinggalah pertengahan dan ke hujungnya, setiap generasi mempunyai
thoifah-thoifah Islam dengan ciri-ciri khususnya seperti tersebut dalam Hadis
di atas mengamalkan Islam dalam hidup mereka dan bila musuhnya cuba merosakkan,
ternyata thoifah itu (syariatnya) tidak rosak bahkan terus berkembang.
Hal
begini nampaknya hanya terjadi kepada thoifah para mujaddid serta thoifah
syeikh-syeikh tareqat di zaman gemilangnya. Selain mereka,
organisasi-organisasi Islam yang berbau politik atau harakah-harakah Islam ala
sekular dan persatuan-persatuan ulama rasmi kerajaan nampaknya tidak mampu
memiliki ciri-ciri istimewa itu.
Mereka
gagal membawa pengikut-pengikutnya menegakkan syariat Islam secara syumul dalam
jemaahnya. Dan mereka mudah saja tertipu oleh musuh-musuh perjuangannya. Niat
baik mereka tidak tercapai kerana laluan yang ditempuh tidak menuju ke
matlamatnya.
Para
pembaca yang dihormati sekalian, Cukuplah rasanya dengan menurunkan tujuh
perkara dari janji-janji ALLAH dan Rasul yang telah pun berlaku itu bahawa
Jadual ALLAH pasti akan berlaku menurut janji-janji- Nya. Ada yang sudah
terjadi, ada yang sedang terjadi dan ada yang belum berlaku, tetapi ia pasti
akan terjadi. Yang mana untuk kita umat Islam di kurun ini pun ada
jadual-jadual khusus pula.
Kita
dilahirkan di satu zaman yang aqidah, ibadah, akhlak, ilmu, didikan, sosial,
ekonomi, politik dan seluruh aspek hidup umat Islam sudah dirosakkan oleh
Yahudi, nasrani, komunis, kapitalis, nasionalis, sosialis dan lain-lain isme
lagi. Juga dirosakkan oleh nafsu dan syaita serta tipuan dunia.
Inilah
sifat zaman jahiliah. Sebab itu kita amat perlukan seorang rasul sepertimana
umat di zaman jahiliah dulu itu mendapatkannya. Tetapi nabi dan rasul sudah
tidak ada lagi. Maka ALLAH yang amat sangat penyayang dan lemah lembut itu
menyimpan untuk kita, sesuatu yang mirip dengan apa yang berlaku di Zaman
Kenabian itu. Yakni satu jadual yang lengkap perihal akan berlakunya
kebangkitan Islam kali kedua untuk zaman jahiliah kedua ini.
Jadual
itu sebenarnya sudah lama ditunggu oleh dunia Islam. Yang mana setiap zaman
umat Islam mengharapkan agar ianya berlaku di tangan mereka.Tetapi
ternyata bahawa jadual itu ALLAH simpan untuk kita. la tidak berlaku sebelum
ini tapi ternyata sedang berlaku sekarang ini. Atau
kalaupun belum pasti ia berlaku di kurun ini, apa salahnya kita berlumba-lumba
dan berdoa agar ia terjadi di zaman kita dan melalui tangan kita. Sebab kita
pun rindu sekali untuk melihat bagaimana rupanya Jadual-Jadual ALLAH yang
memaparkan kegemilangan Islam yang sangat indah itu.
Kita
sudah jemu sekali hidup dalam dunia sekularis ini. Kalau para Sahabat pun iri
hati dan ingin menikmati jadual agung yang dijanjikan untuk umat akhir zaman
ini, mengapa tidak kita? Dan kalau Sahabat
Abu Ayub Al Ansari yang sudah tua itu pun ber- semangat muda di 1400 tahun
dahulu, untuk merebut Kota Konstantinopel dari tangan kristian sebagaimana yang
dijanjikan oleh Rasulullah, merebut untuk menjadi ketua yang baik kepada
tentera yang baik seperti yang disabdakan, mengapa ada lagi di kalangan umat
Islam mereka yang asyik berprasangka terhadap janji-janji ALLAH untuk akhir
zaman ini?
Sepatutnya
kita berjuang dan berlumba-lumba untuk menjayakan Jadual-Jadual ALLAH yang
sangat istimewa ini, demi mendapatkan pahala-pahala besar di dalamnya.
Antara
janji-janji dalam Jadual ALLAH untuk zaman ini seperti berikut:
1.
Rasulullah SAW bersabda: ALLAH mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun
orang yang akan memperbaharui
urusan agama-Nya (mujaddid).
2.
Rasulullah bersabda: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata; Ketika kami berada
di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak- anak muda dari
kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata
Rasulullah SAW berlinang airmata dan wajah baginda berubah.
Aku
pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak
sukai?” Baginda menjawab, “Kami ahlul bait telah ALLAH SWT pilih untuk kami
Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran
selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa
bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam.
Mereka
meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan
beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka
tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari
kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi
dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah
mereka, walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al
Mahdi.(Riwayat Ibnu Majah)
3.
Rasulullah bersabda: Daripada Al Hassan, bahawasanya Nabi menyebut akan bala
yang akan menimpa keluarganya hinggalah ALLAH mengutus Panji-Panji Hitam dari
Timur, siapa yang menolongnya ALLAH akan menolongnya dan siapa menghinanya
ALLAH akan menghinanya, hinggalah mereka itu mendatangi seorang lelaki yang
namanya seperti nama aku.Mereka
pun melantiknya memimpin mereka, maka ALLAH pun membantu dan menolongnya.
(Riwayat Nuaim bin Hammad)
4.
Rasulullah SAW bersabda: Dari Tsauban r.a. dia berkata, telah bersabda
Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur,
seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) kepingan-kepingan besi (jiwa
berani). Barang siapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada
mereka
dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan
oleh Al Hafiz Abu Naim)
5.
Hadis lain: Dari Ali r.a. dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar
seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan (tidak diketahui nama
sebenar) Al Harith bin Harrath, yang di hadapannya seorang lelaki yang
dikatakan Al Mansur (yang dibantu), dia yang memudahkan urusan atau membela
keluarga SAW sepertimana Quraisy yang telah membela Rasulullah SAW.
Wajib
setiap orang Mukmin menolongnya atau baginda bersabda, “wajib orang Mukmin
menerima-
nya.” (Riwayat Imam Abu Daud dan Al Hafiz Abu Abdul Rahman An Nasa’i, Al Hafiz
Abu Bakar Al Baihaqi dan As Syeikh Abu Muhamad Al Hussain) [Di petik dari kitab
Uqduddurar fi Akhbaril Muntazar]
Dalam
kitab Al Ihtijaj bil-Asar ala man ankara Al Mahdi Al Muntazar karangan Hamud
bin Abdulullah At Tuwaijiiri, ada menyebut Al Harith Harrath itu bukan Al Mahdi
tetapi ia adalah pembantunya. Al Harith adalah namanya dan Harrath adalah
gelarannya yang bererti petani yang berjaya.
la
bukanlah nama bagi bapanya. Keterangan ini sebagai membetulkan Hadis yang
dipegang oleh As Syeikh Abdullah bin Zaid bin Mahmud, yang ia mengatakan Al Harith
bin Harran.
Manakala
ada ulama lain mengatakan Al Harrith itu namanya sedangkan Harrath adalah
bapanya. Di antara ketiga-tiga itu, yang pertamalah yang muktamad.
Begitu
adanya, tentang masyhurnya Hadis tersebut yang selama ini sengaja ALLAH
sembunyikan dari kita. Barangkali juga untuk menipu musuh-musuh-Nya .
6.
Dalam Hadis lain: Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan
Sayidina Ali baginda bersabda:“ Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang
akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian
itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim itu.Sesungguhnya dia datang
dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji Al Mahdi.” (Riwayat At
Thabrani)
7.
Hadis yang keluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim: Daripada Tsauban r.a., dia telah
berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, “Apabila kamu lihat Panji-Panji Hitam
telah diterima di sebelah Wilayah Khurasan, maka datangilah ia
sekalipunbmerangkak di atas salji.
Kerana
sesungguhnya padanya ada Khalifah ALLAH iaitu Al Mahdi.
8.
Rasulullah SAW bersabda: Terdapat dalam riwayat lain: “Sesungguhnya ketika
zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, “Inilah Al Mahdi
sebagai khalifah ALLAH maka kamu ikutilah dia”. Seluruh manusia tunduk dan
patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu
menguasai Timur dan Barat.
Dan
adapun yang membuat bai’ah kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama
sebanyak bilangan ahli Badar. Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti
oleh Nujaba’ dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu ALLAH mengutuskan
kepadanya tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera hitam dan mereka
menghala ke Syam. Dan ALLAH menghantar kepadanya dengan 3000 malaikat dan ahli
(Ashabul) Kahfi adalah di antara pembantu-pembantunya .”
Hadis
dari Zarr:Daripada Abdullah, Nabi SAW bersabda: “Jika umur dunia tinggal sehari
sahaja nescaya ALLAH SWT memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang
lelaki dari ke- turunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku,
dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan
dan saksama sebagaimana (sebelumnya) bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”.
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)
10.
Janji Allah untuk bangsa Arab: Daripada Zarr yang diambil dari Abdulllah
mengenai sabda Nabi SAW:
“Tidak
hilang atau tidak tamat umur dunia sehinggalah bangsa Arab dikuasai oleh
seorang lelaki dari ahli keluargaku, namanya menyamai namaku.” (Riwayat Abu
Daud)
11.
Janji untuk kemakmuran dunia:
Daripada
Abi Said bahawa Rasulullah SAW pernah berkata: Tidak tamat umur dunia
sehinggalah bumi ini dikuasai oleh seorang lelaki dari keluargaku, dia memenuhi
bumi ini dengan keadilan sebagaimana dipenuhi sebelumnya dengan kedurjanaan,
dia memerintah selama tujuh tahun. (Riwayat Abu Naim)
Itulah
dia Jadual ALLAH untuk kita umat Islam di akhir zaman ini. Kerana demikianlah
kasih sayang yang ALLAH limpahkan pada kita hamba-Nya yang telah terbiar dalam
dosa dan kejahilan sekian lamanya. Secara ringkas saya akan cuba mentafsirkan
Hadis-Hadis itu setakat ilmu yang ALLAH rezekikan.
Kita
sedang berada di kurun yakni kurun ke-15. Yang di waktu inilah di kurun-kurun
yang sebelum ini zahirnya seorang mujaddid. Maka pasti zahir pula mujaddid
untuk kurun ini di sekitar beberapa tahun lagi. Dan admin berpendapat bahawa
mujaddid kurun ini adalah mujaddid yang istimewa.
la
adalah saiyidul mujaddidin, penutup mujaddid yang akan menyempurnakan
kebangkitan Islam sedunia.Kita sedang berada di awal kurun yakni awal kurun
ke-15.Yang
di waktu inilah di kurun-kurun yang sebelum ini lahirnya seorang mujaddid. Maka
pasti lahir pula mujaddid untuk kurun ini disekitar beberapa tahun lagi. Dan
saya berpendapat bahawa mujaddid kurun ini adalah mujaddid yang istimewa.la
adalah saiyidul mujaddidin, penutup mujaddid yang akan menyempurnakan
kebangkitan Islam sedunia.
No comments:
Post a Comment